ADA APA DENGAN KETUANAN MELAYU
Ketuanan melayu?? Ada apa dengan ketuanan melayu?? Tidak pernah ditimbulkan oleh sesiapa pun sehinggalah 8 Mac 2008. Kalau ada pun, cakap bisik-bisik dikalangan orang melayu kat kedai-kedai kopi di Balik Pulau
dan Mahang di Pulau Pinang. Itu pun sebab merintih nasib mereka. Habis tanah dikebas, nak berniaga pun susah. Takde sesiapa pun bela. Pantang pembangkang bersuara, ISA dan hasutan!! Pemimpin parti yang kononnya membela nasib Melayu dulu, kini dan selamanya, mengunci mulut, mengikat tangan atas alasan menjaga semangat setiakawan dan perpaduan dalam Barisan. Taknak campur urusan parti yang menguasai negeri. Cukuplah DEB dan masjid masih berdiri teguh. Yang berani bersuara dan bertekak dengan Gerakan pun menantu PM. Sebabnya, dia menantu kesayangan PM, malah dia adalah otak dan jantung PM. Tapi tetap..perpaduan kaum dan parti mengatasi segalanya. Lepas kalah teruk dlm pilihanraya ke-12, terpekik telolong pembesar-pembesar melayu ni meminta tolong diselamatkan dari kelemasan dengan hanya satu kata hikmat, KETUANAN MELAYU. Bila parti-parti yang tidak melayu yang selama ini jadi pelampung bahtera mereka dah bocor, pecah dan karam dalam pilihanraya 12, bergegas lah mereka memanggil-manggil orang-orang melayu untuk bersatu. Muzakarah dan mubahalah dijadikan tali untuk menarik pemimpin-pemimpin PAS untuk jadi pelampung kepada bahtera UMNO yang hampir karam macam titanic. Tanpa segan silu macam tiada lagi maruah untuk melaung-laungkan ‘hidup melayu’ dan ‘membela ketuanan melayu’ demi kelangsungan kuasa dan kantung-kantung poket mereka. Waktu ini, senyap dan buta pula pada perpaduan antara kaum yang selama ini menjadi pelampung dan perisai mereka. Dimainkan drama berskrip perkauman.
Amat aneh dan menjengkelkan, ‘ketuanan melayu’ dan ‘hidup melayu’ ini dijadikan peluru terakhir untuk menyelamatkan anjung kuasa mereka. Selama ini, tiada siapa dalam parti melayu ini bersuara dan membela nasib orang-orang melayu yang menghuni setinggan-setinggan. Tiada siapa yang membela peneroka-peneroka melayu, petani-petani melayu, nelayan-nelayan melayu yang terus-terusan ditipu pedagang/ pemanipulasi hasil titik peluh mereka. Tiada siapa menjaga tanah-tanah orang melayu dari dibangunkan konkrit-konkrit untuk mengkayakan orang-orang bukan melayu. Dapatlah pencacai-pencacai melayu kuah-kuah dari kekayaan itu, setakat lepas pegi haji dan beli motor besar. Tiada langsung pembesar-pembesar melayu ini yang melawan dan membela tanah bendang petani-petani melayu di kedah dari digunakan untuk projek udang harimau yang akhirnya terbengkalai. Bukankah pemimpin parti melayu ini yang mahu menimbus bendang sawah padi yang menjadi periuk nasi orang melayu di Yan untuk projek paip gas yang menguntungkan beberapa kerat orang kaya dan pembesar melayu?? Tiada siapa dari mereka yang suka menghunus keris dan menjunjung bendera keris sanggup ini berpanas terik bertempur dengan FRU untuk mempertahankan nasib penduduk melayu di Kampung Beremban, Ampang dan Sungai Penchala yang hilang tempat berteduh akibat pembangunan rakus memperkayakan orang bukan melayu malahan orang asing. Sibuk menghunus keris, dibiarkan Bahasa Melayu dianak-tirikan. Leka mengagungkan batik dan kraftangan melayu, diabaikan anak-anak muda melayu berpeleseran di kotaraya dengan rempit, dadah dan rogol. Hidup melayu!!

Cukup menghairankan, bila MB Selangor yang baru, dari parti yang bukan keris mencetuskan idea dibuka 10% kuota untuk bukan melayu di UiTM, melompat melenting orang-orang yang kononnya mempertahankan melayu ini. Maka diarahkan budak-budak hingusan dari ‘Universiti Tolong Melayu’ menyalak-nyalak dijalanan. Kata NC bermisai tebal yang pernah diomong-omong untuk dicalonkan dan dijadikan Ketua Menteri Melaka sebelum pilihanraya ke 12 itu, budak-budak dia ini bertindak atas kemahuan sendiri, tidak dipaksa. Bukankah menyalahi AUKU dan peraturan universiti untuk berhimpun dan berdemonstrasi menentang kerajaan? Kalau betul mereka berdemonstrasi dgn hati tulus ikhlas, alangkah baiknya kalau demonstrasi itu dihalakan bagi menentang forum ‘convert to Islam’ anjuran Bar Council yang amat hampir dengan tarikh demonstrasi isu kuota UiTM itu. Malahan tiada siapa antara budak-budak yang
menyalak-nyalak ‘ketuanan melayu’ ini berani berdemonstrasi bagi membela nasib nasib Islam dalam kes Lina Joy, Artikel 11 dan sebagainya. Jadi timbul persoalan penting, adakah lebih penting dan mulia untuk berjuang mempertahankan hak dan kepentingan Melayu ini berbanding mempertahankan kemuliaan agama Allah swt untuk terus mekar dibumi Malaysia ini?? Adakah mempertahankan ketuanan melayu ini menjadi matlamat hidup kita dan akan dipersoalkan oleh Tuhan di akhirat kelak??Tindakan Tan Sri Khalid Ibrahim ini sebenarnya selaras dengan saranan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang mencadangkan perlunya ‘tongkat melayu’ ini dibuang bagi menggalakkan orang melayu bersaing dengan bangsa lain dan memajukan bangsa melayu sendiri. Beliau secara terus terang mengatakan bantuan dan hak istimewa yang dinikmati oleh orang melayu sehingga kini menyebabkan orang melayu terus mundur dan ketinggalan berbanding kaum-kaum lain. DEB dan kuota keistimewaan melayu terus-terusan disalah guna dan menjadikan melayu mudah lupa. Bahkan mantan perdana menteri inilah yang menaik taraf ITM menjadi sebuah universiti sekaligus membenarkan bangsa asing memasuki UiTM. Sehingga kini, dikatakan lebih 5% orang bukan melayu dan bangsa asing telah menjadi pelajar UiTM. Agak menghairankan, tiada siapa pun pembesar UMNO yang kononnya membela melayu, bersuara menentang tindakan Tun Dr Mahathir membuka kuota kepada bukan bumiputera, bahkan untuk memasuki Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) selain menggantikan bahasa melayu dengan bahasa inggeris dalam pembelajaran sains dan matematik di sekolah. Umum mengetahui, bahasa tiang bangsa. Kalau bahasa melayu dipinggirkan oleh orang melayu sendiri, jangan sibuk nak bicara tentang Dasar Ekonomi Baru dan ketuanan melayu.
Apabila ketua menteri Pulan Pinang dari DAP, Lim Guan Eng berhasrat mengetepikan DEB dalam polisi kerajaan Pulau Pinang, meraung-raung ketakutan orang-orang dari parti melayu. Yang paling takut adalah pembesar-pembesar parti keris dari atas sampailah ke JKKK. Kerana hilang DEB, kosonglah kantung mereka, tiada duit kopi dan untung atas angin yang selama ini menjadi punca rezeki menyuap anak bini. Mana keberkatan dalam keluarga? Kalau anak bebal dalam pelajaran dan rosak hidup mereka, salahkan cikgu, anak orang lain dan TV. Terlupa duit makan anak itu datang dari mana. Kalau tanya juak-juak penjilat di UiTM yang berbangga dengan ketuanan melayu tentang maksud dan matlamat sebenar DEB pun belum tentu diketahui mereka. Apa yang mereka tahu, perisai ketuanan melayu di UiTM menjadi sandaran untuk mereka bergelar graduan, walaupun telah dihalau dari IPTA lain, UiTM adalah penyelamat. Oleh kerana itu, berbanggalah mereka dengan slogan ketuanan Melayu dan menyalak-nyalak di siang hari membela hak melayu. Di malam hari, berpesta di Tasik Shah Alam melampias nafsu, bermanifestasi cinta bersaksikan sang rembulan. Hidup Melayu!! Pun begitu, adalah tidak dinafikan masih ramai pelajar UiTM yang benar-benar menjadi harapan bangsa dan mencapai matlamat artikel 152 dan 153, menjadi insan dan graduan yang berjaya dalam akademik dan sahsiah diri. Hanya segelintir yang masih leka dan alpa dengan fatamorgana duniawi dan hilang jatidiri untuk membina modal insan yang bakal memimpin dan memacu Malaysia dengan semangat perpaduan dan toleransi dalam masyarakat majmuk tanpa mengabaikan syariat agama.
No comments:
Post a Comment